Pengenalan
Pusat
Internet Desa Pagoh
Pusat Internet Desa Pagoh mula beroperasi pada tahun 2003 dengan kemudahan
asas komputer dan perkakasan yang disediakan oleh pihak kementerian.
Sehingga kini terdapat sebanyak 8 unit PC di pusat ini beserta beberapa
perkakasan seperti pencetak warna dan laser, pengimbas, mesin faks dan mesin
fotostat.
Perkhidmatan
Antara perkhidmatan yang disediakan di PID Pagoh adalah :
-
Latihan asas Microsoft Office
2003
-
Kelas asas komputer
-
Perkhidmatan faks dan fotostat
-
Menjual dan membaiki komputer
-
Perunding IT bagi masyarakat
setempat
Selain daripada itu, PID Pagoh
juga mempunyai beberapa perancangan untuk menambahbaik perkhidmatannya.
Antaranya ialah mengadakan bengkel membaiki komputer, mengadakan program promosi
ke kampung dan balairaya dan beberapa lagi yang masih dalam peringkat
perbincangan. Kewujudan PID Pagoh diharap dapat memberikan manfaat yang
sebaiknya kepada semua masyarakat setempat tanpa mengira bangsa dan umur selaras
dengan matlamat penubuhan PID sendiri iaitu merapatkan jurang digital. Terima
kasih kerana meluangkan masa untuk melawat laman ini. Sila berikan komen atau
cadangan melalui emel kepada kami di : pdpagoh@streamyx.com. |