Friday, 30 June 2006

 

 

 

 


Selamat datang ke
Pusat Internet Desa
PAGOH

Pusat Internet Desa
Pagoh

 


MAKAM SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH (I)

Pagoh maksudnya 'bagus' mengikut Bahasa Melayu Tua. Ianya dibuka oleh Dato' Bendahara Wan Sulaiman dari KotaTinggi pada tahun 1707. Anak Dato' Bendahara Wan Sulaiman bernama Dato' Bendahara Hassan (Tok San) menggantikannya.
  
   Penduduknya teridri daripada orang Jawa, Minangkabau dan Bugis. Pagoh adalah asas penempatan kawasan hulu Muar dengan beberapa kesan sejarah silam yang menjadikan Sungai Muar sebagai penghubung utama dengan Empayar Kerajaan Melayu Melaka.

 

 

 

 


                 
                       Makam Sultan Alauddin Riayat Shah (I)
                              di Kampung Raja Pagoh, Muar.


                             
KUALA SUNGAI PAGOH

Merupakan satu satu tempat terpenting yang mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan Empayar Melayu Melaka. Terletak di pinggir sungai terdapat sebuah kubu daripada dan kini hanya terdapat kesan - kesannya sahaja. Kubu nini adalah kubu terakhir angkatan Melaka apabila diserang oleh Portugis pada tahun 1511.

Kubu ini terletak di Kuala Sunagi Pagoh dan terdapat sebuah lagi kubu yang disebut Kubu Malini di satu kawasan tidak jauh dari kubu tersebut.

Terdapat sebuah perkuburan di kawasan ini yang dikenali dengan pusara Pahlawan Mat Berani, yang dikatakan salah seorang pahlawan Melayu dari negeri Pahang yang datang membantu angkatan Sultan
Melaka bagi mempertahankan kawasan ini, tetapi telah kecundang dan telah dikuburkan di situ.

Sungai Pagoh yang jaraknya kira - kira 2 kilometer dari Kuala Pagoh terdapat Makam Sultan Alauddin Riayat Shah (I), yang dimakamkan di dipinggir Sungai Pagoh bersama adindanya yang terkenal kepada penduduk setempat Al - Marhum Berdarah Putih. Kedua - duanya mangkat di situ dan dimakamkan di tanah perkuburan kawasan masjid Jamek Kampung Raja.

Sultan Alauddin adalah Sultan Merdeka yang memerintah Melaka 1477- 1488, merupakan salah seorang raja yang tegas menjalankan tugasnya dan baginda sendiri dikatakan berkawal menghapuskan perompak lanun yang mengganas di Melaka semasa pemerintahannya.

Satu batu peringatan telah dibina oleh pihak Muzium Negara dan telah dirasmikan makam ini dalam satu upacara penuh khusyuk pada tahun 24 Disember 1971.

 

 

Maybank2U
Wikipedia
National Geographic
SPA
JAKIM

TOR

IlmuKomputer.com
docs.ittutor.net

 

 


#Dapatkan E-Buku percuma anda di sini

 

 

 

Kem Tenaga Air & Komunikasi

TMnet

POS Msia

 

 

 

 

 

©2005 Pusat Internet Desa Pagoh
 Hubungi kami  | Terma dan syarat