Friday, 30 November 2007

 

 

 

 


Selamat datang ke
Pusat Internet Desa
PAGOH

Pusat Internet Desa
Pagoh


Aktiviti Sekitar Pagoh 2007

1. Kejohanan Sukan DUN Jorak.
Pada bulan Mac hingga Mei DUN Jorak telah menganjurkan kejohanan sukan di sekitar Pagoh. Antara sukan yang dipertandingkan ialah sepaktakraw, futsal, badminton, bola jaring, bola tampar dan beberapa acara sukan rakyat.

       

2. Pertandingan Memancing
Sebuah kolam memancing yang baru dibuka di kawasan Pagoh telah mengadakan Pertandingan Memancing sempena pembukaannya. Acara ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat dan juga luar kawasan.

   

3. Hari Anugerah Kecemerlangan Sek. Agama Pekan Pagoh
Sek. Agama Pekan Pagoh mengadakan aktiviti tahunannya dengan penuh jayanya. Program kali ini diserikan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Agama Negeri Johor, YB Datuk Hj. Mohd. Zaini Osman.

Aktiviti PID Pagoh

1. Program GEC (Global Environment Center) bersama PID.
GEC adalah sebuah badan NGO yang terlibat dalam isu-isu alam sekitar untuk kepentingan global. PID telah dipilih untuk menjadi Pusat Operasi Projek program GEC di Pagoh. Kawasan Pagoh dipilih kerana ia merupakan salah satu kawasan yang teruk dilanda banjir pada Disember 2006 yang lalu. Program ini dipanggil Projek Penglibatan Ekonomi dalam Pendidikan Ekologi dan Sungai bagi Komuniti Banjir. Projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh 15 bulan bermula Disember 2007.

2. Kelas Komputer Asas Pelajar Sekolah Rendah

Kelas rutin cuti sekolah diadakan lagi pada kali ini tetapi lebih menumpukan kepada pelajar bukan Melayu. Promosi diadakan di sekolah jenis kebangsaan sekitar Pagoh. Kelas mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta tempatan.

 

 

 

Maybank2U
Wikipedia
National Geographic
SPA
JAKIM

TOR

IlmuKomputer.com
docs.ittutor.net

 

 


#Dapatkan E-Buku percuma anda di sini

 

 

 

Kem Tenaga Air & Komunikasi

TMnet

POS Msia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

©2005 Pusat Internet Desa Pagoh
 Hubungi kami  | Terma dan syarat