Belia
Belia merupakan masyarakat pelapis yang bakal menjadi
salah seorang pemimpin, maka dengan itu adalah penting bagi mereka untuk
menjadikan matlamat negara satu kenyataan. Setiap belia negara perlu dibekalkan
bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan malah juga sifat kepimpinan dalam membina
jatidiri yang mantap. Dalam memberi motivasi kepada mereka, pihak kerajaan
mahupun swasta banyak menyediakan agenda-agenda positif yang boleh membawa
mereka ke arah matlamat 'Belia Tonggak Negara'.
Pusat Giatmara Pagoh
Di setiap kampung rangkaian juga mempunyai
aktiviti – aktiviti belia yang boleh dibanggakan, mereka telah melakukan
pelbagai aktiviti bagi merapatkan lagi siratulrahim di kalangan penduduk kampung.
Antara persatuan belia di kampung rangkaian :
|
Nama Persatuan
|
Pengerusi |
Tahun |
Ahli |
Aktiviti |
Tanjung Olak&
Padang Lalang
Kelab
Bola Sepak 2 Serangkai FC
(gabungan 2 buah
kampung rangkaian) |
En. Kamaruddin bin
Indah
(06 9856639) |
2002 |
44 |
Mengadakan perlawanan persahabatan antara kampung
Mengadakan perlawanan futsal |
Kampung Jayor
Badan
Khairat Kematian
Persatuan Kompang
Persatuan Bola Sepak |
En. Mohon Bin Reso
(06 9748376)
En. Abdul Hamid Bin
Hj Taib
En. Abdul Hamid Bin
Hj Taib |
-
2003
1992 |
107
22
32 |
Membuat Kebajikan
Memberi perkhidmatan
di majlis – majlis keramaian
Mengadakan
Perlawanan Persahabatan Antara Kampung
|
Tmn Sri Pagoh
Persatuan Kompang |
En. Zukri Bin Abu
Bakar
|
2002 |
23 |
Mengadakan
persembahan dan memberikan perkhidmatan
|
Marhaban dari rumah ke rumah di salah sebuah
kampung rangkaian
Pusat Giatmara Pagoh ditubuhkan pada 1998
untuk melahirkan belia - belia yang berkebolehan dalam bidang kemahiran.
Sasaran pelatih adalah dari kalangan remaja yang kurang berjaya di dalam
bidang akademik bagi membantu mereka mendapatkan kemahiran dan pekerjaan di
sektor teknikal dan kemahiran. Sehingga hari ini terdapat 3 kursus
ditawarkan di sini iaitu:
- Jahitan
- Binaan Bangunan
- Kimpalan Arka dan Gas
|