Keusahawanan
Bidang ini melibatkan keringat dan ringgit serta komitmen yang jitu dalam diri
yang sentiasa berusaha untuk maju. Menjadi usahawan yang berjaya adalah impian
setiap peniaga. Namun jarang yang boleh memberi sepenuh perhatian ke arah itu
yang juga memerlukan pengorbanan yang tidak sedikit. Setiap usahawan yang
berjaya mempunyai rentetan sejarah kelam yang terdahulu sebelum berjaya berdiri
tegak mendabik dada. Di Pagoh terdapat Industri Komersil dan Industri Desa, para
pengusaha di Pagoh berusaha untuk memajukan perusahaan masing – masing meskipun
terdapat kepincangan peralatan dan teknologi. Produk-produk ini semakin popular
sesuai dengan perubahan gaya hidup penduduk yang memilih produk makanan yang
ringkas dan sesuai untuk pelbagai majlis.
Antara Industri Komersil dan Desa yang terdapat di Pagoh ialah industri makanan
ringan dan makanan sejuk beku.
1. Industri Makanan Ringan
Industri Makanan Ringan merupakan satu
industri yang semakin popular di kalangan penduduk luar bandar. Selaras dengan
saranan kerajaan, penduduk luar bandar semakin berani menyahut cabaran kerajaan
untuk memajukan industri ini. Kerajaan hari ini memperuntukkan banyak bantuan
untuk membangunkan industri ini.
SR Paya Redan Enterprise
Puan Kamariah
bt. Haji Zainal ialah seorang ibu kepada 2 orang anak. Beliau juga ialah
Pengurus Syarikat SR Paya Redan Enterprise. Dengan bantuan dan sokongan daripada
suaminya, beliau memulakan perniagaan di rumahnya pada tahun 2000. Hari ini
beliau mempunyai 3 orang pekerja yang berkerja selama 6 jam sehari (7.00 pagi
hingga 1.00 petang) dengan gaji RM15 sehari. Antara produk yang dihasilkan ialah
:-
a)
Rempeyek - Harga untuk sekeping rempeyek ialah RM0.15 di kampung dan RM0.20
di kawasan bandar. Rempeyek ini dijual dalam satu bekas sebanyak 50 keping.
b) Tumpi
Kacang Hijau- harga untuk tumpi juga sama seperti rempeyek tetapi satu bekas
berisi 60 keping.
e) Tumpi Kacang Dal - Tumpi Kacang Dal
dijual dengan harga sama seperti rempeyek mengandungi 60 keping 1 bekas.
c)
Biskut Mazola - Biskut Mazola dibungkus dalam satu telap yang berisi 65
keping dan dijual dengan harga 16 sen sekeping.
Pengeluaran dan Pemasaran
Puan Kamariah
mampu mengeluarkan sehingga 50 telap sehari untuk rempeyek dan kuih-kuih lain
tidak termasuk tumpi. Pengeluaran tumpi dihadkan sebanyak 2 kali seminggu
sahaja. Kuih - kuih ini dipasarkan di sekitar kawasan Pagoh terutama di
kedai-kedai runcit. Selain daripada itu kuih - kuih ini juga dipasarkan di luar
kawasan Muar seperti Kuantan, Segamat, Melaka dan Kuala Lumpur. Kuih - muih ini
juga dipasarkan di TESCO seluruh Malaysia, kilang-kilang, sekolah-sekolah,
majlis perkahwinan dan mengambil tempahan.
Perancangan Masa Hadapan
Puan Kamariah mempunyai perancangan
untuk mengembangkan perniagaannya dan menambah pekerjanya. Selain daripada itu,
beliau juga bercadang untuk menjadikan perniagaannya sebagai perniagaan francais
dan memasarkan produknya ke luar negara.
2. Industri Makanan Sejuk Beku
Makanan sejuk beku adalah makanan yang sedia untuk dimakan sama ada masak atau
separuh masak dan dibekukan untuk meningkatkan jangka hayat. Produk ini sangat
popular kerana ia mengambil masa yang singkat untuk disediakan. Antara jenis
produk adalah Roti Canai, Samosa, Kasturi, Cucur Badak, Donut dan lain-lain.
Multiniaga Aini Enterprise
Di Pagoh, salah seorang pengusaha makanan sejuk beku yang terkenal ialah Puan
Aini Ayob. Pengarah Urusan Multiniaga Aini Enterprise ini adalah seorang ibu
yang telah mengusahakan perniagaan ini sejak lebih 10 tahun yang lalu. Ketika
mula-mula mengusahakan perniagaan ini, beliau hanya menjual kuih-muih untuk
musim perayaan. Kuih yang paling mendapat sambutan ialah kuih batang buruk.
Bermula daripada situ, Puan Aini mengembangkan perniagaannya sedikit demi
sedikit. Perusahaan makanan sejuk yang diusahakan sekarang bermula lebih kurang
6 tahun yang lalu. Dengan bantuan beberapa pihak seperti badan politik dan
jabatan pertanian, beliau kini mampu berbangga dengan perniagaan yang diusahakan
sendiri. Beliau juga pernah dianugerahkan Anugerah Usahawan Wanita Berjaya DUN
Jorak pada tahun 2004. Kilang Puan Aini juga banyak menerima lawatan daripada
berbagai - bagai pihak yang berminat untuk mengetahui tentang operasi dan produk
yang dihasilkan oleh kilang ini.
Operasi
Perusahaan Puan
Aini ini beroperasi setiap hari dari Isnin hingga Sabtu bermula 7.00 pagi
sehingga 7.00 malam. Beliau mempunyai 10 orang pekerja yang terdiri daripada
penduduk setempat. Kebanyakkannya terdiri daripada surirumah dan pelajar lepasan
sekolah yang ingin membuat kerja sampingan. Selain daripada itu menurut Puan
Aini, pihak Jabatan Pertanian ada juga menghantar beberapa peserta daripada
Pusat Bimbingan Usahawan anjuran Jabatan Pertanian selama seminggu setiap tahun.
Mereka ini akan mendapat daripada Puan Aini berkenaan proses kerja dan
penghasilan produk. Peralatan menguli banyak diperolehi daripada Jabatan
Pertanian dan sumbangan UMNO.
Produk
Antara produk
yang dihasilkan oleh perusahaan makanan sejuk ini ialah :-
1. Karipap - inti
sardin, ayam atau
daging.(RM2.50/pek, 10 biji).
2. Pau - Ayam atau daging.
(RM2.50/pek, 6 biji)
3. Samosa - Ayam atau daging.
(RM2.50/pek, 10 biji)
4. Cucur badak
(RM2.50/pek, 10 biji)
5. Kuih Kasturi
(RM2.50 se pek, 10 biji)
6. Kuih Wadeh
(RM2.50 se pek, 10 biji)
Pada musim
perayaan, Puan Aini juga menghasilkan kuih batang buruk untuk dijual dengan
harga RM4.50 (400 gram) kira - kira 100 biji/pek. Kilang Puan Aini mampu
mengeluarkan sehingga 150 - 150 pek sehari untuk setiap jenis produk yang
dihasilkan.

Pemasaran
Produk - produk
yang dihasilkan ini dipasarkan sendiri oleh Puan Aini Ayob. Pada setiap hari
Isnin dan Jumaat, beliau bersama beberapa usahawan lain akan membawa produk
mereka ke sekitar Kuala Lumpur untuk dijual di Pasar Jualan Terus (JUARUS).
Aktiviti ini dikelolakan oleh Jabatan Pertanian dalam usaha untuk mengembangkan
perniagaan usahawan - usahawan seperti Puan Aini Ayob dan lain-lain. Bidang ini
memerlukan komitmen yang sangat tinggi daripada pengusaha-pengusahanya. Puan
Aini akan bertolak seawal pukul 2 pagi daripada Muar ke KL menaiki lori Jabatan
Pertanian dengan barang-barang jualan dan balik semula ke Muar pada keesokan
harinya. 5% daripada hasil jualan ini akan dijadikan sebagai dana bagi membantu
usahawan-usahawan yang terlibat untuk menambah kemudahan dan keperluan
perniagaan. Produk yang paling mendapat sambutan menurut Puan Aini ialah samosa,
karipap dan cucur badak. Selain daripada itu ada juga hasil jualan diperolehi
daripada jualan terus kepada pelanggan di sekitar kawasan Panchor dan Pagoh.
Puan Aini memberikan harga penjual bagi mereka yang datang terus ke kilangnya.
Terkini, produk karipap dan cucur badak telah pun memasuki pasaran hypermarket
Giant Shah Alam. Produk-produl lain dijangka menyusul selepas ini. Buat masa ini
produk yang dipasarkan di Giant Shah Alam menggunakan jenama WANIS (Bungkusan
yang dihasilkan oleh Jabatan Pertanian).

Perancangan Masa Hadapan
Puan Aini
merancang untuk mengembangkan lagi perniagaannya dan menambah lagi
pekerja-pekerja bagi tujuan meningkatkan produktiviti. Program SATU MUKIM SATU
INDUSTRI ini telah banyak membantu Puan Aini dalam menjayakan perniagaannya.
Selain daripada itu, beliau juga bercadang untuk menghasilkan pembungkusan
sendiri yang lebih berkualiti bagi meluaskan pasaran ke peringkat yang lebih
tinggi lagi. Untuk sebarang maklumat atau tempahan sila hubungi :-
Puan Aini Ayob
Multiniaga Aini Enterprise
No. 56, Kg. Melayu,
Panchor Muar Johor.
06-9737741, 06-9736979
019-6568161
Eletaria Enterprise
.gif)
Syarikat ini adalah milik Bumiputra 100% yang telah didaftarkan
pada 13 Julai 2005 dengan bernombor pendaftaran JM 0434314-X. Penubuhannya
dilakukan kerana ingin mengambil bahagian dalam dunia perniagaan dan dapat
menambahkan lagi peluang pekerjaan penduduk negara serta dapat menambahkan
produk yang bertaraf antarabangsa kerana syarikat ini mengeluarkan produk yang
masih belum lagi terdapat dalam pasaran dunia. Di samping itu, ia dapat
menggalakkan pertambahan nilai eksport negara.
Sebelum penubuhan syarikat Eletaria Enterprise ini ia hanya
menjalankan aktiviti pemasaran secara kecil-kecilan iaitu memasarkan produk yang
berkaitan herba – herba tempatan yang terdapat di negara kita secara
tradisional. Di samping itu juga syarikat Eletaria Enterprise becadang untuk
mengembangkan pasaran syarikatnya di dalam dan luar negara. Peluang yang
diperolehi dalam merealisasikan dan memasarkan herba telah menggalakkan syarikat
ini untuk menceburkan diri secara serius bagi memperkenalkan herba – herba
tempatan yang begitu tinggi nilainya. Nama syarikat Eletaria Enterprise adalah
sempena mengambil singkatan nama saintifik iaitu Elettaria Cardamamum yang
berkaitan pokok herba yang dikenali sebagai pokok pelaga. Sekarang syarikat ini
beroperasi di alamat Kampung Sawah 7, Paya Redan, 84600 Pagoh, Muar, Johor.
Produk utama yang dikeluarkan oleh syarikat ini adalah Ele'ta Miracle Liquid.
Produk ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan semasa Road Show
yang dijalankan dari masa ke semasa. Produk berasaskan air (semburan) ini
berkesan menghilangkan sengal - sengal sendi, gout dan kesakitan lain berpunca
dari sendi. Sehingga kini, syarikat ini telah mula menjadi sebutan atas
keberkesanannya. Produk ini juga telah mula untuk menembusi pasaran luar seperti
Singapura dan Indonesia.

Ele'ta Miracle Liquid
Produk ELE'TA MIRACLE LIQUID ini merupakan produk
tambahan dan juga produk alternatif yang ada pada masa ini kerana penggunaan
produk ini sangat mudah dan terbukti berkesan, berindak serta merta dan tidak
memberi kesan sampingan kepada pengguna. Ele'ta Miracle Liquid melegakan
kesakitan yang berpunca daripada sendi disebabkan kandungan asid urik yang
tinggi dalam badan pesakit. Dengan penggunaan Ele'ta Miracle Liquid kesannya
dapat dialami dalam tempoh yang singkat. Ini telah terbukti pada ujian produk
yang telah dilakukan ke atas pesakit - pesakit gout biasa dan kronik. Ele'ta
Miracle Liquid diperbuat daripada ramuan khas berasaskan tradisional 100% dan
sesuai digunakan untuk semua peringkat dan umur. Sesiapa yang berminat untuk
menjadi pengedar produk ini serta sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan
produk dan syarikat boleh menghubungi :
Ruhayati Janal
ELETARIA
ENTERPRISE
KS 7, PAYA REDAN ,
84600 PAGOH, MUAR, JOHOR BAHRU, JOHOR
TEL : 06 –
9746870
017-6181852
|