Sejarah asal usul Pagoh
Mengikut cerita secara lisan dari warga emas yang ada ia adalah ringkasan
atau gabungan bagi perkataan " PAGAR YANG TEGUH " lalu menjadi
PAGOH. Selain itu ada juga yang mengatakan ia adalah sempena nama seorang yang
berbangsa cina yang mengasaskan Pagoh iaitu "PAH GOH".
Pejabat
Pos Pagoh
Upacara penubuhan rasmi
disempurnakan oleh Yg Amat Berhormat Tun V.T Sambhantan S.S.M,Menteri Kerja
Raya,Pos dan Telekom pada 6 Oktober 1971 dirancang dan dikelolakan oleh Jabatan
Kerja Raya di Kementerian Kerja Raya,Pos Dan Telekom.
Masjid
Jamek Pekan Pagoh
Masjid Jamek Pekan Pagoh terletak di tengah - tengah pekan Pagoh. Ia
merupakan antara masjid terawal yang dibina di Pagoh. Banyak aktiviti yang
diaturkan di masjid ini selain daripada solat Jumaat dan solat berjama'ah
seperti majlis - majlis ilmu dan aktiviti keagamaan lain. Masjid ini mampu
menempatkan lebih kurang 300 orang pada satu masa.
Kompleks
Sukan Pagoh
Kompleks Sukan Pagoh telah dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada
1999.Projek bermula pada tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada awal 2001.
Penyerahan dari kontraktor kepada MSN (Majlis Sukan Negara) pada 1 April 2002.
Tujuannya adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru di kawasan pedalaman dan
untuk kemudahan belia-belia beriadah. Terdapat pelbagai kemudahan yang
disediakan di komplek sukan ini seperti gelanggang badminton,bola
tampar,takraw,tenis,padang bola sepak dan dewan serbaguna.
|