PELANCONGAN
Industri pelancongan merupakan satu industri yang dilihat sangat berpotensi
untuk dimajukan di kawasan Pagoh. Walaupun kedudukan geografi yang dilihat tidak
strategik oleh sesetengah pihak, ia masih mampu menarik minat beberapa usahawan
pelancongan untuk mencuba perniagaan ini di sini.
Budayatama Corporation Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat milik keluarga
ditubuhkan oleh Tuan Haji Nasuha Kasian, boleh berbangga kerana ianya adalah
peneroka di dalam perniagaan rempah ratus dan herba dan kini menjadi syarikat
yang terkemuka di dalam industri ini dengan menghasilkan 108 jenis produk yang
diedarkan. Syarikat kini menghasilkan 8 jenis Teh Herba dan 8 jenis Sup Herba
dengan menggunakan jenama C.T Herbs Spices "Herba Organik Semulajadi" dan
mengeluarkan pelbagai jenis produk rempah ratus di bawah jenama 'Mak Siti'.
Tanah ladang yang terletak di Batu 12, Jalan Muar - Pagoh, Muar Johor ini
mernagkumi satu kawasan seluas 1500 hektar, ianya merupakan ladang rempah ratus
dan herba yang terbesar di asia. Ladang ini mengeluarkan 6 hingga 10 tan metrik
bahan mentah setiap hari.

Apa yang lebih menarik ialah selain
daripada mempunyai ladang rempah ratus yang sangat luas, tempat ini juga
menyediakan tempat penginapan yang sangat selesa sesuai untuk seisi keluarga.
Ladang ini juga mempunyai satu lagi tumpuan istimewa iaitu restoran herba yang
menawarkan pakej makanan berkhasiat ramuan herba - herba asli dengan kadar harga
yang berpatutan
Antara produk kesihatan yang
dihasilkan di sini ialah :
1. Teh dan Sup Herba GORA. Herba utama:Cola Nitida
Cola digunakan sebagai tonik untuk mengatasi keletihan, menambah tenaga dan
menambah selera. Ia juga digunakan untuk cirit-birit. Cola dikenali berfungsi
seperti Tongkat Ali di kalangan penduduk Asia Tengah. Cola juga membantu
penghadaman dan mengatasi masalah kemurungan.
2. Teh dan Sup Herba SERICO. Herba
utama:Pecah Beling(Strobilanthes Crispus)
Pecah Beling mengandungi kadar kalium yang tinggi dan membantu melawaskankencing
serta melegakan sakit-sakit berkait dengan buasir dan sembelit. Penyelidikan
kini menunjuk Strobilanthes boleh merencat pertumbuhan sel kanser dan menghalang
pertumbuhan batu karang.
3. Teh dan Sup Herba CENTELLA. Herba utama:Pegaga(Centella
Asiatica)
Pegaga telah digunakan sejak berkurun lamanya terutama di dalam sistem perubatan
Ayurveda di India dan perubatan tradisional di China dan Madagascar. Herba ini
memberi khasiat kepada sistem urat saraf dan fungsi otak. Fraksi triterpenoid
yang didapati di dalam herba ini boleh membantu melegakan beberapa penyakit.
Pegaga dan konstituenya (terutama asiaticoside) boleh membantu dalam rawatan
luka-luka kecil dan penyakit kulit. Di dalam perubatan tradisional, herba ini
digunakan untuk rawatan selsema, sakit tekak, gatal-gatal kulit dan memperbaiki
fungsi otak.
4.
Teh dan Sup Herba GARCINIA. Herba
utama:Asam Gelugor(Garcinia Cambogia)
Saintis telah menemui asid Hydroxycitric(HCA) di dalam asam gelugor sebagai
pengeluaran agen yang mengurangkan kolestrol dan asid lemak dalam badan,
meningkatkan suhu badan dengan merangsangkanproses themogenesis. Ia juga
digunakan sebagai suplemen makanan untuk mengurangkan berat badan dan selera
makan.
5.
Teh dan Sup Herba Kayu Manis.
Herba utama:Kayu Manis(Cinnamomum zeylanicum)
Kayu manis telah digunakan sejak
beribu tahun sebagai rempah dan bahan penyembuh penyakit. Ia telah lama
digunakan di China untuk mengurangkan panas badan, cirit-birit dan sakit haid
dan ia juga telah digunakan sebagai ubatan tradisional untuk mengubati sakit
perut, sakit belakang dan haid berlebihan. Penyelidikan kini menunjukkan ia
boleh mengurangkan gula dalam darah dan mengelakkan kencing manis.
6. Teh dan Sup Herba SCAPHIUM.
Herba utama:Kembang Semangkuk(Scaphium Macropodium)
Dikenali sebagai herba
'Ying' (menyejukkan), membantu mengatasi masalah batuk dan selsema, mengurangkan
panas badan, melegakan sistem pernafasan.
7.
Teh dan Sup Herba ALLSPICE. Herba utama:Allspice(Pimenta
Officinalis)
Allspice membantu penghadaman
makanan dan kembung perut, membantu mengatasi sakit-sakit otot, membantu
mengatasi masalah sengal-sengal sendi, membantu melegakan sistem pernafasan.
Sebagai pembersih darah.
8. Teh dan Sup Herba NONI. Herba utama:Mengkudu(Morinda
citrifolia)
Noni atau mengkudu dilaporkan
boleh membantu memulihkan fungsi sel dan meningkatkan pertumbuhan semula
tisu-tisu. Noni juga boleh membantu mengurangkan sakit-sakit sendi. Noni juga
telah digunakan secara tradisional untuk meningkatkan kesihatan badan. Noni juga
juga dilaporkan mengandungi kandungan antioxidant.
Klik ikon untuk harga pakej yang
ditawarkan di sini.
|