Pendidikan
Sekolah dilihat sebagai tempat menimba ilmu yang paling
asas dimana anak-anak akan bertatih dari tadika menuju ke sekolah rendah
seterusnya sekolah menengah dan akhirnya impian setiap pelajar akan berakhir di
menara gading. Umum melihat kitaran ini dari generasi ke generasi seterusnya
tanpa henti malah semakin maju dari sehari ke sehari. Ilmu yang boleh membawa
setiap individu ke arena perdana dan ilmu jugalah yang memartabatkan setiap
orang untuk disanjungi.
Sekolah Sultan Alaudin Riayat Shah 1 Pagoh
SRJK (C) Soon Mong
Terletak di tengah-tengah pekan Pagoh, SRJK C
Soon Mong merupakan sekolah kebangsaan cina yang pertama di kawasan Pagoh.
Ia mampu menampung kira - kira 250 orang pelajar pada satu masa dengan
bilangan tenaga pengajar seramai 9 orang.

SJK ( T ) Pagoh
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang
Temiang Renchong, yang terletak di Ladang Temiang Renchong, Pagoh,Muar dibina
pada tahun 1946. Pada peringkat awal, ia beroperasi di sebuah kuil sehingga
tahun 1949. Bilangan murid pada masa itu adalah di antara 27 hingga 30 orang.
Bilangan guru ketika itu ialah seorang sahaja, iaitu En. R. Ratnasamy. Beliau
juga memegang jawatan sebagai guru besar. Pada tahun 1981 En.K.Ponniah telah
bersara dari jawatan dan En.M.Kumarappan telah mengambil alih tempat beliau
hingga tahun 1988. Bilangan guru pada masa itu ialah 5 orang termasuk Guru
Besar.Selepas beliau bersara En.M.Arumugam telah menjalankan tugas sebagai
pemangku Guru Besar sehingga 1989. Pada tahun 1983 sekolah ini telah mendapat
sebuah bilik darjah tambahan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
peruntukan Bantuan Modal sebanyak RM 12,000.00. Encik T.Annamalai telah dilantik
sebagai Guru Besar pada tahun 1989 hingga beliau bersara pada tahun 1994.
En.M.Thiruvengadam telah mengambil alih tempat beliau hingga sekarang.
Sekolah Agama Pekan Pagoh
Ditubuhkan pada 12 Safar 1397 bersamaan dengan
1 Febuari 1977 dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ayub bin Haji Jaid,
Penghulu Mukim Jorak(Pagoh) Muar, hadir sama adalah Pegawai Jabatan
Pelajaran Daerah Muar. Pada awalnya mempunyai 4 aliran iaitu darjah 2,3,4
dan 5 dan jumlah pelajarnya adalah seramai 76 orang.
IKBN Pagoh
IKBN telah mula beroperasi pada akhir
tahun 2002 dan telah mula mengambil pelajar pada awal tahun 2003.Tujuan
IKBN ditubuhkan adalah untuk melahirkan masayarakat yang berkemahiran
dalam pelbagai bidan. IKBN merupakan salah satu projek terbesar yang
ditubuhkan oleh kerajaan bagi melahirkan generasi yang mahir di dalam
pelbagai bidang

Nama Pengetua: Pn Hajjah Zaidah bte Mohamed
Kategori DG2 Mula Bertugas: 1 November 2000
Misi :Melahirkan Pelajar Yang Berilmu dan Beriman, Berdisiplin dan
Bertanggung jawab dan Berwawasan
Visi: Melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, Berdisiplin,
Bertanggungjawab supaya berguna kepada bangsa dan negara
|